Under Construction

Tuesday, June 21, 2011

Nota Tingkatan 1

UNIT 1: IDENTITI DIRI

* Identiti diri merupakan gambaran keseluruhan tentang seseorang dan matlamat hidup yang ingin dicapainya.
* Setiap individu juga mempunyai potensi diri iaitu intelek, rohani, jasmani dan emosi.

CARA-CARA MENGEMBANGKAN POTENSI DIRI

* Mengenalpasti potensi diri.
* Mencatatkan perkembangan diri.
* Menghubungkan potensi diri dengan cita-cita.
* Mengambil daya usaha untuk mencapai cita-cita.

UNIT 2: PENYELESAIAN KONFLIK

Penyelesaian Konflik

* Berkongsi masalah dengan individu yang dipercayai.
* Berbincang untuk mencari jalan penyelesaian.
* Menjaga maruah diri.
* Bijak memilih rakan.
* Berkongsi minat dan pengalaman

Sikap Asertif

* Tegas
* Mempunyai harga diri
* Tidak terpengaruh dengan ajakan negatif rakan.
* Berfikir dengan matang.
* Menjauhi tingkah laku antisosial.
* Berupaya menimbangkan baik buruk sesuatu keputusan.

TEMA 2: KELUARGA BAHAGIA

CIRI-CIRI KELUARGA BAHAGIA

* Saling menyayangi sesama keluarga.
* Menjalinkan hubungan yang mesra dan akrab.
* Peka terhadap perasaan anggota keluarga.
* Amalan gaya hidup yang sihat.
* Perlakuan yang beradab.

CARA MEMBINA KELUARGA BAHAGIA

* Mengingati hari istimewa dalam keluarga.
* Berkomunikasi secara sopan.
* Melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti keluarga.
* Menjaga keselamatan anggota keluarga.
* Menghargai anggota keluarga.
* Menjaga kebersihan rumah/ persekitaran.

TEMA 3: HIDUP BERMASYARAKAT

BANGGA TERHADAP SEKOLAH

· Mengenali sejarah/identiti sekolah.

· Menghargai budaya sekolah.

· Menjaga keceriaan sekolah.

· Belajar bersungguh-sungguh.

· Berbakti kepada sekolah.

CONTOH-CONTOH BUDAYA SEKOLAH

a. Budaya Sekolah Berdisiplin

* Beratur dengan tertib.
* Ponteng sifar.
* Kes salah laku yang minima.
* Ketepatan waktu.

b. Budaya Sekolah dalam Taman

* Kebersihan dan keindahan persekitaran.
* Amalan Kitar Semula.

c. Budaya Sekolah Penyayang

* Kempen warga sekolah penyayang.
* Program mentor-mentee
* Tabung penyayang.
* Bantuan Kebajikan.
* Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

d.Budaya Sekolah Cemerlang Kokurikulum

* Cemerlang dalam aktiviti sukan.
* Aktif dalam aktiviti, kelab, persatuan dan unit uniform.
* Mengambil bahagian dalam program komuniti.

PENJAGAAN DAN PENINGKATAN IMEJ SEKOLAH

* Penglibatan diri dalam aktiviti sekolah.
* Sahsiah dan sikap yang positif.
* Mematuhi peraturan sekolah.
* Memberi sokongan moral.
* Mengharumkan nama sekolah.
* Menghormati warga sekolah.

CIRI-CIRI/SIKAP MURID YANG POSITIF

* Menjaga dan meningkatkan imej sekolah
* Sentiasa berdisiplin.
* Menghormati pendapat komuniti sekolah.
* Mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat.

KEBAIKAN SAHSIAH DAN SIKAP POSITIF MURID KEPADA SEKOLAH

* Sekolah menjadi tempat yang selamat dan selesa untuk belajar.
* Sekolah menjadi tempat kecemerlangan murid.
* Sekolah mendapat sokongan daripada ibubapa dan komuniti di sekitar sekolah.
* Peningkatan budaya ilmu.
* Budaya penyayang dapat dipupuk.

TEMA 4: WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA

CERITA RAKYAT PELBAGAI KAUM

CIRI-CIRI CERITA RAKYAT PELBAGAI KAUM.

* Disampaikan oleh tukang cerita atau penglipurlara.
* Berdasarkan kehidupan masyarakat setempat.
* Mengandungi teladan dan nasihat yang berguna.
* Disampaikan dari mulut ke mulut.

JENIS-JENIS CERITA RAKYAT

* Cerita hikayat.
* Cerita asal usul.
* Cerita jenaka.
* Cerita binatang.
* Cerita kepahlawanan.
* Cerita lipur lara.

TEMA 5: MALAYSIA NEGARA BERDAULAT

PRINSIP-PRINSIP UTAMA DALAM PEMBENTUKAN KERAJAAN DEMOKRASI.

* Proses pilihan raya.
* Hak-hak asasi individu terjamin.
* Persamaan dan keadilan.
* Kepelbagaian budaya dalam masyarakat.
* Membentuk dan melaksanakan dasar-dasar negara.
* Warganegara yang patriotik.
* Ketelusan dalam membuat keputusan.

CIRI-CIRI NEGARA DEMOKRASI

RAJA BERPERLEMBAGAAN

* Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong ditetapkan oleh perlembagaan dan undang-undang.

PILIHAN RAYA

* Rakyat diberi peluang untuk melibatkan diri dalam proses pemerintahan melalui wakil-wakil yang dipilih.

BADAN PERUNDANGAN

* Dewan Rakyat dan Dewan Negara berfungsi untuk menggubal undang-undang di peringkat Persekutuan.

PARTI-PARTI POLITIK

* Memberi peluang kepada rakyat untuk bersuara dan memperjuangkan hak kea rah pemerintahan sebuah negara demokrasi yang makmur dan stabil.

BADAN PELAKSANA

* Kabinet berfungsi sebagai badan penggubal dasar negara yang tertinggi dan melaksanakan kuasa eksekutif.

BADAN KEHAKIMAN

* Berfungsi untuk mentafsirkan undang-undang dan menjatuhkan hukuman.

TEMA 6: CABARAN MASA DEPAN

KESINAMBUNGAN KESEJAHTERAAN RAKYAT

CABARAN MENGEKALKAN KESINAMBUNGAN KESEJAHTERAAN RAKYAT

* Perpaduan kaum.
* Kelestarian alam sekitar.
* Kesedaran Sivik.
* Empati terhadap golongan kurang berupaya.

KESEDARAN SIVIK

* Memelihara kepentingan semua pihak.
* Menjaga kemudahan awam.
* Mematuhi peraturan dan undang-undang.
* Memulihara dan mengekalkan alam sekitar
* Pembangunan infrastruktur.

MASYARAKAT SEJAHTERA TAHUN 2020

* Masyarakat ICT
* Memelihara kelestarian alam sekitar.
* Sistem pengangkutan yang canggih.

No comments:

Post a Comment